Thursday, 3 December 2015

MASOK LOMAK CILI API

Bila ingat kampung mesti teringat masakan masak lemak cili api dari ibu...pergghhh sedap....sampai menjilat jarilah katakan..nak tau tak resepi dia...ni hah...cubalah dirumah mana2 tau jadi...sapa yang nak cuba sangat dialu-alukan ye... Selamat mencuba.............




Sedap walaweiiiii

Ok,bahan-bahannya mudah jer.
Ikan keli dua ekor yang telah disiang dan dipotong (boleh jer guna apa-apa seafood yang lain macam udang ke,ikan yang selain ikan kel,sotong dan lain-lain)
Santan 200 ml - aku guna santan serbuk tu.pastu bancuh dengan air bagi cukupkan 200ml
Kunyit 4cm
Serai 2 batang
Cili padi secukup rasa
Garam dan gula
Air kosong 300ml
Hah,itu jer. Mudah gila kan?
Mula-mula tumbuk kunyit dan cili padi.
Titikkan serai.
Kemudian,tuangkan santan ke dalam periuk.Masukkan juga air kosong tadi.
Masukkan juga bahan tumbuk iaitu kunyit dan cili padi serta serai ke dalam periuk.
Tunggu hingga mendidih.
Masukkan ikan keli.
Bila kuah mendidih lagi sekali,masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebentar. Siap!
Kalau korang masak ayam/daging/itik/kambing,masukkan dulu daging ni bersama kunyit dan cili padi tadi sehingga daging tu mengeluarkan air dia sendiri,barulah masukkan santan.
Ok,sekian resepi mudah kita kali ni.

No comments:

Post a Comment